Sunday, September 9, 2012

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012

SELURUH WARGA SKLK MENGUCAPKAN
 SELAMAT MENDUDUKI UJIAN KEPADA
MURID-MURID TAHUN 6.

DOA DAN HARAPAN KAMI AGAR
SEMUA CALON AKAN  MEMPEROLEHI
KEPUTUSAN 5A.

" SEMAI KEHEBATAN LONJAKKAN KECEMERLANGAN "

Saturday, September 1, 2012

TINTA GURU BESAR

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, Blog yang merupakan laman Blog rasmi SKLK

, Jerteh dapat disempurnakan dengan jayanya. Melalui kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha membina Blog ini,terutama  [Bekas Penyelaras ICT SKLK  En Mohd Sabri B Mohd Noor yang telah bertukar ke SK Pelagat]dan diteruskan dengan En Shihabuddin B Hj Abd Latif ,Penyelaras ICT SKLK sekarang

Blog ini,sesuai dengan namanya seharus menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai SK LUBUK KAWAH serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah utama yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan SKLK seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).

Pembinaan blog ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, wassalam.

CHE ZAHARAH BT CHE TEH
Guru Besar