Wednesday, November 25, 2009

SALAM AIDIL ADHA

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA WARGA SKLK DAN PENGUNJUNG BLOG INI. SALAH DAN SILAP MOHON DIMAAFKAN SEMOGA IKATAN UKHWAH TERUS BERKEKALAN DAN ABADI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, November 19, 2009

SUASANA SEMASA MENERIMA KEPUTUSAN UPSR 2009












SKLK 19/11/2009 Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan dan diperolehi oleh semua murid tahun 6 di sekolah masing-masing.Pelbagai situasi murid-murid dapat dilihat. Tahniah dan syabas kepada semua 20 orang murid yang telah memperolehi 5A. Kepada murid-murid lain jangan berputus asa kerana anda boleh mencipta kejayaan di dalam peperiksaan PMR dan juga SPM nanti. UPSR adalah permulaan bagi anda untuk menempuhi peperiksaan-peperiksaan seterusnya.







































HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009




























































Para ibubapa sedang khusyuk mendengar ucapan
Pasukan kompang dan bunga manggar sekolah sedang menanti ketibaan PPD Besut













































































































17 November 2009 SKLK telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bertempat di Dewan Terbuka . Majlis yang bermula jam 8.45 pagi tersebut berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nodin bin Mohadi, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Besut. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini ialah Tuan Haji Mat Nusi bin Awang, Pengerusi PIBG, Encik Wan Mohamad bin Haji Wan Ahmad Timbalan Pengerusi PIBG , Pegawai Perhubungan Sekolah serta para ibubapa dan penjaga.

Tujuan hari anugerah ini diadakan adalah bagi meraikan kejayaan para pelajar dalam peperiksaan yang telah dihadapi setelah bertungkus lumus sepanjang tahun ini. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian sekolah selepas upacara perasmian.

Pelbagai kategori hadiah telah diberikan kepada murid-murid yang berjaya seperti kedudukan terbasik di dalam kelas, hadiah bagi matapelajaran terbaik, kedatangan penuh dan juga anugerah khas. Berikut adalah antara penerima anugerah khas pada majlis tersebut :

ANUGERAH J-QAF (P)
1. NURUSSYAHAMMAH TAQIAH BT NURUNNAJMI – 4B

ANUGERAH J-QAF ( L )
1. MUHAMMAD SYAHMI HAZIQ B SHIHABUDDIN – 4B

ANUGERAH NILAM
1. ANIS ATHIERAH BT MOHAMAD NOOR – 3B

ANUGERAH PENGAWAS PERPUSTAKAAN TERBAIK
1. NOS ANIS ASHUHADA BT YUSOFF – 6B

ANUGERAH PENGAWAS TERBAIK
1. SITI MUNIRAH BT MOHAMED – 6B

ANUGERAH MURID BUDIMAN
1. NIK AHMAD NUR IMAN B NIK KAMARUZAMAN – 6C

ANUGERAH KOKURIKULUM KUMPULAN
1. NURIN ATIRAH BT MOHD NOR – 5B
2. WAN NUR AINA NADIA BT WAN HAMAD – 5B
3. AMIRAH AFRINA BT MOHAMAD NOOR – 5B
4. NASYRAH BT NOOR AZIZ – 5B
5. NUR AFIFAH BT MOHD NASIR – 5B
6. NUR ANIES ANIESYA BT NORHISAM -5B
7. MOHAMAD FAISAL B MOHD SAUPI – 5C
8. WAN MOHD ALIF B WAN AZMI – 5C
9. AMIRUL HAQIM B IBRAHIM – 5C
10. HARIZ HARIRI B KHIARI – 5C
11. AHMAD NAQIUDDIN B RAINIZAMANI – 5C
12. MUHAMMAD IZZAT AIMAN B NOR AZAMI – 5C
13. AMMELISSA NADIRA BT ALEAS – 5B
14. NIK IRRAUDAH BT NIK KAMARUZAMAN – 5B

ANUGERAH KOKURIKULUM INDIVIDU
1. NUR ASYIKIN BT ROSLAN – 6B
2. NOR AZLINI BT RAMLI – 6C
3. NANG NOOR HIDAYAH BT LONG NADZRI – 6B
4. NOR AIN BT ZUL – 6C

ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK
1. NUR ATHIRAH NAJWA BT MAHERAN

ANUGERAH TOKOH MURID
1. SYAHEERA BT ROHADI – 6B












































LAGU SEKOLAH

" VISI GEMILANG "

SKLK BERDIRI MEGAH
PENCETUS MINDA CEMERLANG
MEMBERIKU ILMU TIADA JEMU
REALISASI HASRAT NEGARA

GURU KAMI BERDEDIKASI
MENDIDIK TIADA HENTI
AGAMA UTAMA DISIPLIN DIJAGA
SKLK SENTIASA BERJASA

SKLK BERUSAHA
SKLK BERJAYA
PENCAPAI HASRAT MURNI
DIDIKAN BERKUALITI
MENUJU VISI GEMILANG

LAGU & LIRIK OLEH
CIKGU MOHD SUKERI BIN ABDULLAH
GPK KOKURIKULUM
SK LUBUK KAWAH    ( SEKARANG GB SK KG BARU TOK DOR BESUT )

LENCANA SKLK


Monday, November 16, 2009

INFO

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKLK 2009

TARIKH : 17/11/2009 (SELASA)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKLK ( BAWAH MAKMAL KOMPUTER )

2010
[Wednesday, March 18, 2009 0 comments ]
Kementerian Pelajaran bercadang mengubah sistem peperiksaan ke atas murid tahun satu dengan memperkenalkan penilaian berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti yang diguna pakai di universiti, mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd.Dom berkata program perintis mengenai cadangan itu yang dijalankan di 50 buah sekolah tahun lalu menunjukkan perubahan sistem peperiksaan sekolah ini sesuai dijalankan.

"Jika mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), tahun depan kita akan melaksanakan peperiksaan yang berasaskan sekolah. Kita juga melakukan transformasi pendidikan.

"Kurikulum pelajaran akan disusun semula untuk mewujudkan kreativiti di kalangan pelajar, mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris, keusahawanan, sejarah dan menjadikan sekolah sebagai tempat belajar yang seronok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Murid di Putrajaya, Selasa.

Bagaimanapun, katanya kementerian tidak akan terburu-buru untuk melaksanakan perubahan itu dan persidangan meja bulat dan bengkel akan diadakan selain mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Jika kita dapati perubahan ini boleh dijalankan, maka kita akan memperkenalkannya di darjah satu dan pra sekolah mulai tahun depan," katanya.Alimuddin berkata penilaian berasaskan sekolah sebenarnya bukan perkara baru tetapi telah dijalankan melalui ujian bulanan dan ujian akhir tahun di sekolah.

Katanya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan tetapi akan menggunakan formula 70:30, iaitu 30 peratus diukur dalam peperiksaan UPSR sementara 70 peratus berdasarkan aktiviti luar termasuk peperiksaan berasaskan sekolah.

"Empat elemen yang akan dinilai ialah mengenai psikometrik pelajar, pencapaian ko-kurikulum, peperiksaan berasaskan sekolah dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya.(Sumber: Bernama - 17/03/2009 21:57PM)

Saturday, November 7, 2009

JAMUAN TAHUNAN SKLK 2009


Jamuan akhir tahun kakitangan SKLK 2009 telah diadakan pada 7/11/2009 bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Besut Terengganu. Majlis tersebut bermula kira-kira jam 8.45 malam dan dihadiri hampir semua guru dan kakitangan SKLK. Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Tuan haji Baharuddin bin Ibrahim, wakil PBG dan juga pengusaha kantin sekolah.
Majis tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh guru agama SKLK, Ustaz Zulkifli bin Yusoff.
selesai bacaan doa, semua tetamu dan warga SKLK menikmati makan malam bersama-sama.
Kira-kira jam 9.00 malam setelah selesai menjamu selera, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Guru Besar SKLK Encik Alias bin Abdul Ghani. Diikuti dengan ucapan oleh PPD Besut, Tuan Haji Baharuddin Ibrahim.
Selesai ucapan diadakan cabutan bertuah yang berupa hamper. Manakala dua cabutan khas adalah sumbangan BKBR disampaikan oleh Tuan Haji Baharuddin. Aturcara malam tersebut berakhir hampir jam 100.00 malam.
Pihak AJK Kelab Guru 2009 mengucaplan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SKLK serta semua pihak yang telah menjayakan Majlis Makan Malam SKLK 2009.


Saturday, October 24, 2009

GALERI FOTO

KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM 2009




















Wednesday, October 21, 2009

PEPERIKSAAN/OTI

ASSALAMUALAIKUM

PERHATIAN KEPADA SEMUA IBUBAPA DAN PENJAGA
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKAN BERLANSUNG BERMULA
PADA 1/11/09 - 5/11/09

ADALAH DIHARAPKAN SEMUA MURID TELAH BERSEDIA
UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN TERSEBUT.

SELAMAT MAJU JAYA

Monday, September 28, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA SKLK (RIMUP)

SKLK akan mengadakan sambutan hari raya aidil fitri peringkat sekolah (RIMUP) pada 29/9/2009 bertempat di kantin sekolah. Sambutan ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama murid dan juga seluruh warga sekolah.

Aturcara dijangka bermula jam 8.30 pagi selepas perhimpunan khas. Pelbagai acara telah disusun bagi memeriahkan sambutan tersebut.

Sambutan dijangka berakhir jam 11.00 pagi selepas jamuan untuk murid dan kakitangan sekolah.

SEJARAH SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SK LUBUK KAWAH
ALAMAT : KG CERANG MELILING,
22000 JERTEH, BESUT, TERENGGANU
KOD SEKOLAH : TBA 0072NO
TELEFON : 0096976397
NO. FAX : 0096975836

ALAMAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH :
PEJABAT PELAJARAN DAERAH BESUT,
TINGKAT 3, BANGUNAN PERSEKUTUAN BESUT,
22200 KAMPONG RAJA,
BESUT,TERENGGANU DARUL IMAN

Wednesday, September 16, 2009

UCAPAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA
SEMUA MURID, GURU, KAKITANGAN SEKOLAH SERTA SEMUA PENGUNJUNG BLOG SKLK.
SEMOGA ANDA SEMUA BERGEMBIRA DI HARI RAYA

BERSAMA KELUARGA TERSAYANG DAN SANAK SAUDARA.

KEPADA SEMUA MURID ELAKKAN DARI BERMAIN MERCUN DAN BUNGA API SUPAYA TIDAK BERLAKU SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI.






SALAM AIDIL FITRI


MAAF ZAHIR DAN BATIN




selamat bercuti

Sunday, September 6, 2009

UPSR 2009

ASSALAMUALAIKUM.
KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 6 SKLK
SELAMAT MENDUDUKI UPSR.

BUATLAH YANG TERBAIK DENGAN HARAPAN
5A YANG BAKAL ANDA GENGGAM APABILA
KEPUTUSANNYA DIUMUMKAN NANTI.

KAMI SELURUH WARGA SKLK MENDOAKAN AGAR
KEJAYAAN SENTIASA BERSAMA ANDA.

Tuesday, September 1, 2009

GALERI FOTO

FOTO PERTANDINGAN BOLASEPAK
PERINGKAT ZON HULU BESUT
























SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-52













KEPADA SEMUA WARGA SKLK DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA KE-52

SEMOGA MALAYSIA TERUS MERDEKA, BERDAULAT, AMAN MAKMUR DAN HARMONI.

Sunday, August 23, 2009

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2009 SK Lubuk KAwah All rights reserved

Tuesday, August 18, 2009

MATAN GB


http://www.scribd.com/doc/117338019/percubaan" style="margin: 12px auto 6px auto; font-family: Helvetica,Arial,Sans-serif; font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 14px; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; -x-system-font: none; display: block; text-decoration: underline;">percubaan

Saturday, August 15, 2009

PROGRAM KAWANKU GURUKU

16 Ogos 2009 Program Kawanku guruku telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar SK Lubuk Kawah bertempat di Dataran Gemilang jam 8.00 pagi

Sasaran program inii ialah bagi murid-murid yang lemah dan sederhana dalam menguasai bacaan.

Tempoh pelaksanaan program ini terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat 1 bermula 1 Ogos 2009 hingga 1 November 2009. Manakala peringkat II pula akan bermula pada 1 Januari 2010 hingga 1 April 2010.

Objektif program ini diadakan adalah:
- Menjadkan semua murid celik huruf
- Menanamkan sikap minat membaca
- Mengeratkan hubungan di antara murid, guru dan masyarakat.
- Membina kyakinan diri.

Setiap pasangan peserta yang melepasi tahap yang telah ditetapkan akan menerima ganjaran dalam bentuk wang tunai.

Monday, August 3, 2009

KEM AKADEMI UPSR 2009

Assalamualaikum.
Kepada semua murid SK Lubuk Kawah yang terpilih untuk menyertai Kem Akademi UPSR Daerah Besut 2009 yang akan diadakan di Anggulia Beach Resort, Marang Terengganu pada 8 - 11 Ogos, gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya.

Pastikan setiap detik anda diisi dengan perkara yang berfaedah. Bertanyalah dengan para fasilitator untuk mendapaktan seberapa banyak tips bagi membantu anda mernjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR yang bakal anda tempuhi nanti.

Syabas dan selamat maju jaya.

Saturday, August 1, 2009

PROGRAM TUNAS GEMILANG

SKLK, 1 Ogos 2009 satu program tunas gemilang, (TID) untuk mencungkil bakat sukan telah diadakan di perkarangan padang dan makmal komputer sekolah.

Program ini adalah anjuran Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama PPD Besut Program ini diadakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengah hari.

Seramai 16 orang penguji terlibat untuk menguji seramai 230 orang murid tahun 3, 4 dan 5.