Tuesday, May 28, 2013

SEJARAH SEKOLAH SKLK

SEJARAH SEKOLAH

Bermula dari keperluan penduduk setempat,
khususnya penduduk Kampung Cerung Meliling,
Kampung Gaung,Kampung Balik Bukit, dan
Kampung Hutan Nangka (semuanya dalam Mukim
Lubuk Kawah)  tentang  perlunya sebuah sekolah
diwujudkan berhampiran kampung mereka.
Selama ini mereka bersusah payah menghantar
anak masing-masing sama ada ke
Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh
ataupun Sekolah KebangsaanAlor Keladi yang jaraknya
kira-kira  3 km dari kampung masing-masing.

Sejarah bermulanya Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah
adalah dimulai dengan penimbunan tapak (sawah padi
terbiar) di tepi jalan utama Kampung  Cerung Meliling
kira-kira 2 km dari bandar Jerteh melalui Jalan Pasir Akar.
Kerja-kerja penimbunan tapak bermula pada bulan Mac 1994.
Oleh kerana kawasan sekitar tapak selalu ditenggelami air
Pada musim banjir (Oktober-Disember) maka kerja-kerja
penimbunan tapak setinggi lebih 2 meter meliputi
keseluruhan kawasan mengambil masa yang panjang.
Pada awal tahun 1995 bermulalah kerja-kerja pembinaan
yang dijalankan oleh seorang kontraktor terkenal anak
Tempatan.
                                  
Pada Januari 1997, Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah
mula menerima murid-murid sulungnya. Kira-kira
250 orang murid telah mendaftar untuk memasuki
kelas-kelas tahun 1 hingga tahun 5. Manakala
guru pula seramai 16 orang dengan dibantu oleh
seorang kerani atau Pembantu Tadbir dan seorang PAR.
Guru Besar pertama yang bertugas di sekolah ini ialah
YM Hajjah Engku Naimah bt Engku Haji Taib.

No comments :

Post a Comment