SEJARAH
SEKOLAH
Bermula dari keperluan penduduk
setempat,
khususnya penduduk Kampung Cerung
Meliling,
Kampung Gaung,Kampung Balik Bukit, dan
Kampung Hutan Nangka (semuanya dalam
Mukim
Lubuk Kawah) tentang
perlunya sebuah sekolah
diwujudkan berhampiran kampung mereka.
Selama ini mereka bersusah payah
menghantar
anak masing-masing sama ada ke
Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh
ataupun Sekolah KebangsaanAlor Keladi
yang jaraknya
kira-kira 3 km dari kampung masing-masing.
Sejarah bermulanya Sekolah
Kebangsaan Lubuk Kawah
adalah dimulai dengan
penimbunan tapak (sawah padi
terbiar) di tepi jalan
utama Kampung Cerung Meliling
kira-kira 2 km dari
bandar Jerteh melalui Jalan Pasir Akar.
Kerja-kerja penimbunan
tapak bermula pada bulan Mac 1994.
Oleh kerana kawasan
sekitar tapak selalu ditenggelami air
Pada musim banjir
(Oktober-Disember) maka kerja-kerja
penimbunan tapak
setinggi lebih 2 meter meliputi
keseluruhan kawasan
mengambil masa yang panjang.
Pada awal tahun 1995
bermulalah kerja-kerja pembinaan
yang dijalankan oleh
seorang kontraktor terkenal anak
Tempatan.
Pada Januari 1997,
Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah
mula menerima
murid-murid sulungnya. Kira-kira
250 orang murid telah
mendaftar untuk memasuki
kelas-kelas tahun 1
hingga tahun 5. Manakala
guru pula seramai 16
orang dengan dibantu oleh
seorang kerani atau
Pembantu Tadbir dan seorang PAR.
Guru Besar pertama
yang bertugas di sekolah ini ialah
YM Hajjah Engku Naimah
bt Engku Haji Taib.