Friday, October 1, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA 2010

Assalamualaikum
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan sekolah, murid, pengusaha kantin dan semuanya yang telah bertungkus lumus mengembleng tenaga, wang ringgit dan apa saja dalam menjayakan sambutan hari raya aidil fitri 2010.

Wednesday, September 8, 2010

AIDIL FITRI HARI JUMAAT

ASSALAMUALAIKUM.
KEPADA SEMUA WARGA SK LUBUK KAWAH SERTA SEMUA YANG MEMANTAU
BLOG SKLK,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DI ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP.

Monday, August 30, 2010

SELAMATMENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53

Kepada seluruh warga SKLubuk kawah, diucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-53. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi dan nikmati hari ini akan terus berkekalan. Apa yang ada hari ini patut dihargai dan dijaga dengan sebaik-baiknya.

Monday, August 23, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT GURU BESAR (CIKGU ALIAS)

Seluruh warga SKLK mengucapkan takziah kepada guru besar Cikgu Alias di atas kembalinya ayahanda tercinta ke rahmatullah 6.30 ptg Ahad. Semuga beliau sekeluarga tabah menerima ketentuan Allah s.w.t. Mudah-mudahan roh allahyarham ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman. Amin

Thursday, July 15, 2010

KEM TUTORIAL UPSR DAERAH BESUT, ZON HULU BESUT 2010

Kem tersebut telah bermula hari ini dan akan berlangsung selama tiga hari sehingga petang sabtu bertempat di SK Lubuk Kawah. Slot pertama telah bermula jam 2.00 petang tadi. Seramai 117 orang peserta dari sembilan buah sekolah di Zon Hulu Besut terpilih untuk menyertai kem tersebut. Sepanjang kem tersebut para peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. 20 orang murid SK Lubuk Kawah juga antara yang terlibat dalam kem ini. Semoga peluang yang ada digunakan sebaiknya oleh semua peserta.

Wednesday, June 30, 2010

UJIAN PRAPERCUBAAN UPSR

Assalamualaikum. Kepada semua pelajar tahun 6 diharap bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Tambahkan lagi bilangan A serta tingkatkan lagi prestasi anda. Masa dn peluang masih ada. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan.

Thursday, June 24, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum.
Kepada semua murid SKLK diucapkan selamat kembali ke sekolah.
Adalah diharapkan semua murid akan hadir dengan semangat baru.