Tuesday, April 19, 2011

SKLK JOHAN NASYID ZON HULU BESUT


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh yie besut
Selasa, 19 April 2011 14:37

19 April 2011 festival nasyid peringkat zon hulu besut telah berlangsung

bertempat di Dewan Sivik Felda Tenang. SKLK telah menghantar satu pasukan

nasyid lelaki ke festival tersebut. Keputusannya, pasukan nasyid SKLK telah menjadi

johan bagi zon Hulu Besut.Tahniah dansyabas kepada seluruh pasukan nasyid

sekolah (guru dan murid). Teruskan visi gemilang kita.

Terakhir Dikemaskini ( Selasa, 19 April 2011 14:42 )

Friday, April 15, 2011

SK LUBUK KAWAH NAIB JOHAN BOLA TAMPAR LELAKI zhb

Khamis 14/4 2011, SK Lubuk Kawah mendapat tempat kedua di Kejohanan Bola Tampar
MSSM Zon Hulu Besut yang berlangsung selama dua harimulai 13/4/2011 bertempat di SK Darau.
Pada perlawanan akhir SKLK telah bertemu dengan pasukan tuan rumah SKD di mana perlawanan berlangsung sehingga tiga set.

Jawatankuasa bola tampar SKLK 2011 mengucapkan tahniah kepada pasukan lelaki dan juga kepada semua guru yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan
misi pasukan bola tampar tahun ini.

Tuesday, April 5, 2011

SALAM TAKZIAH










Al-Fatihah.Seluruh warga SKLK mengucapkan takziah kepada ahli keluarga allahyarhammah cikgu Norraiha bt Seman@Othman di atas pemergiannya ke alam baqa' pada 2 April 2011 kira-kira jam 11.20 malam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.


Wednesday, March 23, 2011

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Jawatankuasa kelab guru dan kakitangan SKLK 2011 merakamkan sekalung penghargaan dan
terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan majlis jamuan perpisahan
bagi guru-guru SKLK 2010 yang bertukar bagi sesi 2011 sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga kerjasama tersebut dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Friday, March 11, 2011

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

Musim cuti sekolah telah kembali lagi bermu a 11/3/2011/
Sekolah akan dibuka semula pada20/3/2011.
Kepada semua pelajar selamat bercuti. Namun begitu
buku-buku pelajaran jangan dilupa.

Kepada murid-murid tahun 6, jangan lupa kelas-kelas yang
telah dirancang oleh pihak sekolah. UPSR bakal menjelang.
Pastikan 5A akan menjadi milik anda.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BELAJAR.

Tuesday, October 26, 2010

MAJLIS MENGHANTAR CIKGU MOHD SUKERI

Asslamualaikum.
Kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung dalam menjayakan program manghantar cikgu Mohd Sukeri
bin Abdullah, bekas GPK KK yang telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar
SK Kg Baru Tok Dor pada 25/10/2010

Tahniah kepada cikgu Mohd Sukeri dan selamat bertugas di temat baru.
Kepada guru dan staff yang terlibat, semoga mendapat balasan yang
setimpal daripada allah s.w.t

Terima kasih

Friday, October 1, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA 2010

Assalamualaikum
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan sekolah, murid, pengusaha kantin dan semuanya yang telah bertungkus lumus mengembleng tenaga, wang ringgit dan apa saja dalam menjayakan sambutan hari raya aidil fitri 2010.