Kepada seluruh warga SKLubuk kawah, diucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-53. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi dan nikmati hari ini akan terus berkekalan. Apa yang ada hari ini patut dihargai dan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Seluruh warga SKLK mengucapkan takziah kepada guru besar Cikgu Alias di atas kembalinya ayahanda tercinta ke rahmatullah 6.30 ptg Ahad. Semuga beliau sekeluarga tabah menerima ketentuan Allah s.w.t. Mudah-mudahan roh allahyarham ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman. Amin
Kem tersebut telah bermula hari ini dan akan berlangsung selama tiga hari sehingga petang sabtu bertempat di SK Lubuk Kawah. Slot pertama telah bermula jam 2.00 petang tadi. Seramai 117 orang peserta dari sembilan buah sekolah di Zon Hulu Besut terpilih untuk menyertai kem tersebut. Sepanjang kem tersebut para peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. 20 orang murid SK Lubuk Kawah juga antara yang terlibat dalam kem ini. Semoga peluang yang ada digunakan sebaiknya oleh semua peserta.
Assalamualaikum. Kepada semua pelajar tahun 6 diharap bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Tambahkan lagi bilangan A serta tingkatkan lagi prestasi anda. Masa dn peluang masih ada. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan.
Peperiksaan pertengahan tahun/OTI 2 akan diadakan sebagaimana berikut:
TARIKH : 23 - 27 MEI 2010 (ISNIN - KHAMIS) MATA PELAJARAN : SEMUA Adalah diharapkan semua murid dapat membuat ulangkaji sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut