Monday, January 21, 2013

APDM TERKINI

Kepada Semua Guru Kelas. Peringatan Guru Kelas supaya membuat pengemaskinian data murid dalam APDM sehingga 25 JANUARI 2013. Masih tinggal 4 hari lagi. Mohon memastikan semua guru kelas selesai membuat pengemaskinian data dan setelah semuanya lengkap, Kepada guru kelas yang telah berjaya menyelesaikan pengemaskinian data ini , pihak Sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha anda. Sekian. Terima kasih Guru Data SKLK

Wednesday, January 16, 2013

Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013 Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013, daripada hari Sabtu, 26 Januari 2013 kepada hari Sabtu, 9 Mac 2013. Sila rujuk Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 2013 untuk maklumat lanjut. Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Tuesday, January 15, 2013

Kemaskini APDM Dilanjutkan

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pengemaskinan enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 di dalam APDM telah dilanjutkan sehingga 25 JANUARI 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.Oleh yang demikian adalah diharapkan supaya Admin Sekolah (PK /GK HEM) dapat memastikan semua enrolmen murid telah dimasukkan pada atau sebelum tarikh tersebut. Sila pastikan Admin Sekolah membuat pengesahan data dengan menklik butang kemaskini data murid setelah enrolmen murid mencukupi. Kerja kemaskini data murid hendaklah dibuat secara berterusan supaya data sentiasa update dan sahih. Guru Data.

Saturday, January 12, 2013

EMPAT INISIATIF PELAN PENDIDIKAN UTAMA

 
Putrajaya,11 Jan : Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini. Inisiatif pertama ialah memperkenalkan Program Rakan Pembimbing Peningkatan Sekolah (SI Partners) Plus dan Program Jurulatih Khas Peningkatan Sekolah (SISC) Plus di Kedah dan Sabah.

Ia sebahagian usaha membimbing guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik, terutama di sekolah yang berada dalam Band Lima, Enam dan Tujuh. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua program itu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, inisiatif kedua ialah menilai 70,000 guru opsyen BI menerusi Cambridge Placement Test (CPT) dan kemudian guru dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian .

Bagi guru yang tidak mencapai tahap kemahiran ditetapkan, latihan separuh masa akan diberikan. Dalam 100 hari ini, kementerian bercadang melatih 5,000 guru BI, ketika menyampaikan perutusan tahun baru kementeriannya di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, inisiatif PPPM lain dalam Gelombang Pertama 2013, seperti meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam kalangan murid diteruskan.

Latihan HOTS membabitkan 31,000 guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dilaksanakan dengan harapan menjelang akhir Gelombang Pertama, kira-kira 20 peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah berasakan pemikiran aras tinggi.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi memperlihat kejayaan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), lapan keberhasilan perlu dicapai menjelang akhir tahun ini, termasuk 100 peratus literasi bahasa Malaysia.

Katanya, keberhasilan lain ialah numerasi Tahun Tiga serta peningkatan ketara literasi bahasa Inggeris (BI).

Ini termasuk memastikan 100 peratus guru opsyen BI lulus satu tahap penguasaan lebih tinggi dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT) serta 50 peratus pengurangan sekolah Band enam dan tujuh di Kedah dan Sabah.

Sumber : Berita Harian Online
 

Wednesday, January 9, 2013