Asslamualaikum.
Kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung dalam menjayakan program manghantar cikgu Mohd Sukeri
bin Abdullah, bekas GPK KK yang telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar
SK Kg Baru Tok Dor pada 25/10/2010
Tahniah kepada cikgu Mohd Sukeri dan selamat bertugas di temat baru.
Kepada guru dan staff yang terlibat, semoga mendapat balasan yang
setimpal daripada allah s.w.t
Terima kasih
Tuesday, October 26, 2010
Friday, October 1, 2010
SAMBUTAN HARI RAYA 2010
Assalamualaikum
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan sekolah, murid, pengusaha kantin dan semuanya yang telah bertungkus lumus mengembleng tenaga, wang ringgit dan apa saja dalam menjayakan sambutan hari raya aidil fitri 2010.

Wednesday, September 8, 2010
AIDIL FITRI HARI JUMAAT
ASSALAMUALAIKUM.
KEPADA SEMUA WARGA SK LUBUK KAWAH SERTA SEMUA YANG MEMANTAU
BLOG SKLK,
KEPADA SEMUA WARGA SK LUBUK KAWAH SERTA SEMUA YANG MEMANTAU
BLOG SKLK,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DI ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP.
Monday, August 30, 2010
SELAMATMENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
Kepada seluruh warga SKLubuk kawah, diucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-53. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi dan nikmati hari ini akan terus berkekalan. Apa yang ada hari ini patut dihargai dan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Monday, August 23, 2010
SALAM TAKZIAH BUAT GURU BESAR (CIKGU ALIAS)
Seluruh warga SKLK mengucapkan takziah kepada guru besar Cikgu Alias di atas kembalinya ayahanda tercinta ke rahmatullah 6.30 ptg Ahad. Semuga beliau sekeluarga tabah menerima ketentuan Allah s.w.t. Mudah-mudahan roh allahyarham ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman. Amin
Thursday, July 15, 2010
KEM TUTORIAL UPSR DAERAH BESUT, ZON HULU BESUT 2010
Kem tersebut telah bermula hari ini dan akan berlangsung selama tiga hari sehingga petang sabtu bertempat di SK Lubuk Kawah. Slot pertama telah bermula jam 2.00 petang tadi. Seramai 117 orang peserta dari sembilan buah sekolah di Zon Hulu Besut terpilih untuk menyertai kem tersebut. Sepanjang kem tersebut para peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. 20 orang murid SK Lubuk Kawah juga antara yang terlibat dalam kem ini. Semoga peluang yang ada digunakan sebaiknya oleh semua peserta.
Wednesday, June 30, 2010
UJIAN PRAPERCUBAAN UPSR
Assalamualaikum. Kepada semua pelajar tahun 6 diharap bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Tambahkan lagi bilangan A serta tingkatkan lagi prestasi anda. Masa dn peluang masih ada. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan.
Thursday, June 24, 2010
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Assalamualaikum.
Kepada semua murid SKLK diucapkan selamat kembali ke sekolah.
Adalah diharapkan semua murid akan hadir dengan semangat baru.
Kepada semua murid SKLK diucapkan selamat kembali ke sekolah.
Adalah diharapkan semua murid akan hadir dengan semangat baru.
Thursday, May 20, 2010
OTI 2/PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
MAKLUMAN/TINDAKAN SEMUA MURID DAN PENJAGA
Peperiksaan pertengahan tahun/OTI 2 akan diadakan sebagaimana berikut:
TARIKH : 23 - 27 MEI 2010 (ISNIN - KHAMIS)
MATA PELAJARAN : SEMUA
Adalah diharapkan semua murid dapat membuat ulangkaji sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut

Thursday, March 25, 2010
Wednesday, March 24, 2010
KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON HULU BESUT
23/3/2010 Pasukan bola sepak SKLK telah berjaya ke peringkat separuh akhir setelah berjaya menewaskan pasukan SK Seri Payung dengan agregat 1 - 0 pada perlawanan peringkat liga yang berlangsung petang tadi.
Perlawanan peringkat separuh akhir tersebut akan diadakan pada 24/3/2010 jam 5.00 petang bertempat di padang SKLK selaku tuan rumah bagi kejohanan tersebut. Pasukan SKLK akan bertemu dengan psukan SK Keruak. Sebelum ini pasukan SKLK hanya berkongsi 1 mata setelah seri 0-0 dengan pasukan SK Pasir Akar
SAMA-SAMALAH KITA TURUN KE PADANG SKLK BAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK SKLK
SEMAI KEHEBATAN LONJAKKAN KECEMERLANGAN

Tuesday, March 23, 2010
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN & BERCERITA KISAH-KISAH DARIPADA AL-QURAN
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN DAN
BERCERITA KISAH-KISAH DARIPADA AL-QURAN
PERINGKAT : ZON HULU BESUT
TARIKH : 23/3/2010
TEMPt : SK KERUAK
KEJAYAAN PESERTA SK LUBUK KAWAH
TILAWAH AL-QURAN - JOHAN KATEGORI LELAKI -
MUHAMMAD SYAHMI HAZIQ B SHIHABUDDIN
TILAWAH AL-QURAN - JOHAN KATEGORI PEREMPUAN -
NURUSSYAHAMAH TAQIAH BT NURUNNAJMI
HAFAZAN - KETIGA
AMIRAH AFRINA BT MOHD NOOR
BERCERITA - JOHAN PEREMPUAN
NASYRAH BT NOOR AZIZ
BERCERITA - NAIB JOHAN LELAKI
ABDUL RASYID B ZURID
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG
SYABAS KEPADA PASUKAN GURU DAN MURID SKLK

Tuesday, March 9, 2010
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM BESUT 2010
Kejohanan olahraga yang berlangsung selama tiga hari di Mini Stadium Kampong Raja, Besut melakar sejarah buat SK Lubuk Kawah di atas kejayaan athlit 12 tahun memungut 3 pingat emas setakat hari ini.
Pingat emas tersebut dipungut melalui tiga acara iaitu lompat tinggi perempuan 12 tahun (Nurul Husna bt Azhar), lompat tinggi lelaki 12 tahun (Mohd Syamsul b Sukri) dan 100 meter lelaki 12 tahun ( Wan Azman b Wan Azizan).
Tahniah dan syabas kepada pasukan olahraga SKLK .
SEMAI KEHEBATAN LONJAKKAN KECEMERLANGAN.

Monday, March 1, 2010
SEPAK TAKRAW ZON HULU BESUT
1/3/2010, SKLK telah menghantar dua regu ke pertandingan sepak takraw peringkat zon Hulu Besut yang berlangsung di SK Pasir Akar mulai petang tadi. Adalah diharapkan kedua-dua regu tersebut akan membawa kejayaan yang cemerlang memandangkan ini adalah permainan pertama yang disertai pada tahun 2010 di peringkat zon.
Friday, February 26, 2010
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Thursday, February 25, 2010
SUKAN DAN PERMAINAN
Khamis 25/2/2010 pasukan bola sepak SKLK telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak SK Tanah Merah. Pasukan SKLK telah berkunjung ke sana diiringi oleh jurulatih sekolah dan beberapa orang guru.
Ianya adalah antara beberapa siri perlawanan persahabatan yang diatur sebagai persiapan untuk pertandingan sebenar. Di samping itu ia juga dapat memberikan pendedahan kepada para pemain dalam situasi sebenar.

Sunday, February 14, 2010
SELAMAT TAHUN BARU CINA
SELURUH WARGA SKLK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA TIGA ORANG GURU BERKENAAN IAITU CIKGU PANG LAW CHAW, CIKGU WONG YUET OY DAN CIKGU MAH KIM SUI .
SEMOGA TAHUN INI MEMBERIKAN TUAH YANG LEBIH BAIK.
SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA, SEKOLAH AKAN BERCUTI SELAMA 3 HARI DAN AKAN DIBUKA SEMULA PADA HARI RABU 17/02/2010.
SEMOGA TAHUN INI MEMBERIKAN TUAH YANG LEBIH BAIK.
SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA, SEKOLAH AKAN BERCUTI SELAMA 3 HARI DAN AKAN DIBUKA SEMULA PADA HARI RABU 17/02/2010.
Sunday, January 31, 2010
PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS
SKLK, 31 Januari 2010, majlis penyampaian Perlantikan Watikah Pengawas sesi 2010 telah disempurnakan oleh tuan guru besar semasa perhimpunan pagi. Sebelum itu GPK HEM telah mengiringi tuan guru besar ke pentas utama.
Seramai 53 orang pengawas sekolah telah menerima watikah masing-masing disaksikan oleh semua guru dan murid.
Majlis tersebut dimulakan dengan penyampaian watikah tersebut kepada Ketua Murid 2010 iaitu Nasyrah bt Noor Aziz, Penolong Ketua Murid, Muhammad Faisal b Mohd Saufi, Setiausaha (Nurin Athirah bt Mohd Noor dan Bendahari (Amirah Afrina bt Mohd Noor) serta semua pengawas yang terdiri dari murid tahun 2, 3, 5 dan 6.
Majlis berakhir dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua murid. Syabas dan tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Semoga anda akan menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Friday, January 15, 2010
GURU PRAKTIKUM PRASEKOLAH
Seramai 4 orang guru pelatih Institut Perguruan Malaysia Kampus Sultan Mizan Besut telah melaporkan diri bagi menjalani praktikum (latihan mengajar) di SKLK. Mereka ini adalah pelatih KPPM (JUL/08/P) KEMAS PRASEKOLAH 1 dan 2.
Kesemua guru pelatih tersebut terdiri daripada Wan Norlia bt Wan Daud, Suriani bt Kamaruddin, Sophia bt Abdullah dan Salina bt Aziz. Mereka ini akan berada di SKLK selama hampir dua bulan bagi mempraktikkan apa yang telah dipelajari di institut serta menimba pengetahuan dan pengalaman daripada guru-guru yang lebih berpengalaman.
Pembimbing mereka adalah guru prasekolah SKLK, iaitu Cikgu Nor Helina bt Yaacob dan Cikgu Norhafiza bt Husin

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)