Sunday, January 31, 2010

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS



SKLK, 31 Januari 2010, majlis penyampaian Perlantikan Watikah Pengawas sesi 2010 telah disempurnakan oleh tuan guru besar semasa perhimpunan pagi. Sebelum itu GPK HEM telah mengiringi tuan guru besar ke pentas utama.

Seramai 53 orang pengawas sekolah telah menerima watikah masing-masing disaksikan oleh semua guru dan murid.

Majlis tersebut dimulakan dengan penyampaian watikah tersebut kepada Ketua Murid 2010 iaitu Nasyrah bt Noor Aziz, Penolong Ketua Murid, Muhammad Faisal b Mohd Saufi, Setiausaha (Nurin Athirah bt Mohd Noor dan Bendahari (Amirah Afrina bt Mohd Noor) serta semua pengawas yang terdiri dari murid tahun 2, 3, 5 dan 6.

Majlis berakhir dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua murid. Syabas dan tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Semoga anda akan menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.




No comments :

Post a Comment