Friday, January 15, 2010

GURU PRAKTIKUM PRASEKOLAH

Seramai 4 orang guru pelatih Institut Perguruan Malaysia Kampus Sultan Mizan Besut telah melaporkan diri bagi menjalani praktikum (latihan mengajar) di SKLK. Mereka ini adalah pelatih KPPM (JUL/08/P) KEMAS PRASEKOLAH 1 dan 2.

Kesemua guru pelatih tersebut terdiri daripada Wan Norlia bt Wan Daud, Suriani bt Kamaruddin, Sophia bt Abdullah dan Salina bt Aziz. Mereka ini akan berada di SKLK selama hampir dua bulan bagi mempraktikkan apa yang telah dipelajari di institut serta menimba pengetahuan dan pengalaman daripada guru-guru yang lebih berpengalaman.

Pembimbing mereka adalah guru prasekolah SKLK, iaitu Cikgu Nor Helina bt Yaacob dan Cikgu Norhafiza bt Husin

No comments :

Post a Comment